Friday, August 20, 2010

Anggur dah mula masak

 

Anggur Isabela yang diprun 3 bulan yang lalu dah mula menampakkan tanda-tanda nak masak. Enjoylah gambar-gambar ni

anggur 001

anggur 003

anggur 002

Tuesday, August 3, 2010

Jenis-jenis anggur yang ada dirumah saya 2

Anggur IAC

142

Anggur ni dipercayai berasal dari Brazil. (Kalau tak caya cuba googled IAC Brasil. IAC tu nama institut pertanian di sana yang keluarkan benih anggur ni. Buah masak warna kuning. Komen dari seorang perasa buah anggur ni…anggurni adalah anggur termanis yang dia penah rasa. Mungkin anggur free kot memanglah manis..tapi kalau nak betul2 manis kena petik buah semasa buah berwarna kuning.

With EM 

Pokok ni rajin berbuah dan saiz buah sederhana dan tangkai buah kalau cukup subur boleh sampai satu kaki panjang..Bunga Anggur IAC 002

Ni gambar pucuknya beserta dengan bunganya. Nampak ada dua tangkai dalam satu gugus..No EM

Buahni selalu kena serang kulat, lebih2 lagi kalau musim hujan. Jadi kalau nak buah cantik elok sembur dengan racun kulat atau semburan EM. Saya suka sembur EM sebab takut bahaya kepada anak-anak dan binatang peliharaan kalau guna racun dikawasan rumah.

Jenis-jenis anggur yang ada dirumah saya

1. Anggur Muscato d Amburgo (Muscat Humburg Itali)

137

Anggur ni saya dapat dari kawan. Asalnya dari ITALI. Buah cantik dan manis. Daun lebar tanpa lekuk2 yang dalam. Pucuk muda warna hijau. Buah masak warna hitam.

Thursday, July 15, 2010

Membuahkan Pokok Anggur - Teknik pemangkasan pucuk

Di negara iklim sederhana, anggur mula mengeluarkan berbuah apabila tiba musim bunga. Di negara tropika, didapati anggur boleh berbuah sepanjang tahun, cuma ianya perlu diransang melalui pemangkasan. Antara teknik perangsangan pembuahan yang telah saya cuba ialah teknik pemangkasan pucuk anggur. Teknik ini sesuai bagi pemilik pokok anggur yang tidak gemar untuk memotong pokok anggurnya hingga botak ataupun kalau mahukan pokok anggur berbuah tanpa henti

IMG_7928Untuk melakukan teknik ini, mula sekali pilihlah dahan anggur muda yang subur seperti dalam gambar di sebelah







IMG_7932

Kemudian kerat kira-kira dua kaki dari hujung pucuk seperti dalam gambar sebelah.




IMG_7933

Cuba perhatikan pada hujung ranting anggur yang telah dipotong dan anda akan nampak ada dua mata tunas dipangkal daunnya. Satu tunas yang biasanya tumbuh bersama daun dan tunas ini saya panggil tunas air dan satu lagi mata tunas terletak betul-betul dipangkal daun dan tunas ini hanya akan tumbuh bila diransang dan biasanya kalau mata tunas ini tumbuh ianya akan tumbuh dengan lebih subur dan boleh mengeluarkan buah. Bagi teknik pemangkasan pucuk, apa yang kita mahukan adalah mata tunas yang terpendam ini untuk tumbuh dan mengeluarkan buah. Untuk itu, tunas-tunas air pada ranting yang tinggal perlu dibuang. Jika tidak dibuang, tunas air ini akan membesar dan mata tunas terpendam tersebut tidak akan keluar.IMG_7934

Gambar sebelah ni adalah gambaran selepas tunas air dibuang. Untuk teknik ini, daun anggur tidak perlu dibotakkan. Kalau dibotakkan, ranting anggur yang muda tu akan layu dan teknik ini tak akan berjaya. Dalam masa dua minggu hingga sebulan anda boleh nampak samada tunas baru anggur yang keluar tu akan berhasil atau tidak..

Peratusan kejayaan teknik ini adalah dalam 50% tertakluk kepada kesuburan pokok anggur anda. Jadi kalau nak buat teknikni, berilah pokok anggur anda baja secukupnya, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pemangkasan dibuat. Selamat mencuba…

Wednesday, July 14, 2010

Buah Anggur Isabela Untuk Hari Raya?

 

IMG_7943

Buah anggur Isabela ni dah berumur sebulan setengah dan dijangka masak dalam masa 2 bulan lagi.. sesuai untuk hidangan visual (nak jamu buah tak cukup, jadi tengok je lah..) tetamu yang dtg rumah. Satu keunikan anggur di Malaysia ni adalah ia boleh berbuah tak kira masa, dengan hanya melakukan pemangkasan yang betul, pokok anggur akan menghasilkan buah. Anda boleh rancang bila anda mahukan buah anggur anda masak, buah anggur akan masak kira2 100-120 hari dari tarikh pemangkasan dibuat. Jadi kalau merancang nak buah anggur anda masak dibulan Syawal, kenalah buat prunning pokok anda 3 bulan sebelumnya…