Thursday, July 15, 2010

Membuahkan Pokok Anggur - Teknik pemangkasan pucuk

Di negara iklim sederhana, anggur mula mengeluarkan berbuah apabila tiba musim bunga. Di negara tropika, didapati anggur boleh berbuah sepanjang tahun, cuma ianya perlu diransang melalui pemangkasan. Antara teknik perangsangan pembuahan yang telah saya cuba ialah teknik pemangkasan pucuk anggur. Teknik ini sesuai bagi pemilik pokok anggur yang tidak gemar untuk memotong pokok anggurnya hingga botak ataupun kalau mahukan pokok anggur berbuah tanpa henti

IMG_7928Untuk melakukan teknik ini, mula sekali pilihlah dahan anggur muda yang subur seperti dalam gambar di sebelah







IMG_7932

Kemudian kerat kira-kira dua kaki dari hujung pucuk seperti dalam gambar sebelah.




IMG_7933

Cuba perhatikan pada hujung ranting anggur yang telah dipotong dan anda akan nampak ada dua mata tunas dipangkal daunnya. Satu tunas yang biasanya tumbuh bersama daun dan tunas ini saya panggil tunas air dan satu lagi mata tunas terletak betul-betul dipangkal daun dan tunas ini hanya akan tumbuh bila diransang dan biasanya kalau mata tunas ini tumbuh ianya akan tumbuh dengan lebih subur dan boleh mengeluarkan buah. Bagi teknik pemangkasan pucuk, apa yang kita mahukan adalah mata tunas yang terpendam ini untuk tumbuh dan mengeluarkan buah. Untuk itu, tunas-tunas air pada ranting yang tinggal perlu dibuang. Jika tidak dibuang, tunas air ini akan membesar dan mata tunas terpendam tersebut tidak akan keluar.IMG_7934

Gambar sebelah ni adalah gambaran selepas tunas air dibuang. Untuk teknik ini, daun anggur tidak perlu dibotakkan. Kalau dibotakkan, ranting anggur yang muda tu akan layu dan teknik ini tak akan berjaya. Dalam masa dua minggu hingga sebulan anda boleh nampak samada tunas baru anggur yang keluar tu akan berhasil atau tidak..

Peratusan kejayaan teknik ini adalah dalam 50% tertakluk kepada kesuburan pokok anggur anda. Jadi kalau nak buat teknikni, berilah pokok anggur anda baja secukupnya, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pemangkasan dibuat. Selamat mencuba…

3 comments:

  1. Saya nak tahu baja apa yang digunakan untuk pokok anggur nie

    ReplyDelete
  2. Baja yang saya gunakan sekarang adalah baja tahi arnab sahaja sebab kat rumah ada arnab dan sekali sekala saya tambah dengan baja tahi ayam proses (8:8:8). Kalau pokok dah besar tak perlu banyak baja. Ada pokok yang saya tak baja langsung pun masih mengeluarkan buah selepas dibuat prunning..

    ReplyDelete
  3. Salam, tuan blogger, saya ada satu pokok anggur yg telah ditanam suami lebih kurang 6 bulan lps(klu tak silap)saya dh pindahkan sbb mcm hidup segan mati tak mau aje...saya letak baja tahi kelawar, sbb kebetulan dh bersihkan rumah tempat kelawar bertenggek malam2. alhamdulillah banyak jugak daun baru yg tumbuh. blh tuan blogger beri tips lagi ttg penanaman anggur ni? lagi satu saya nk beli keratan batang anggur yang tuan miliki utk ditanam..dapat 1 pon jadi la...saya cuba tanam yang baru. lagi satu, tuan blogger ada akaun FB tak? mgkn di sana ada lebih maklumat ttg anggur. hasienna@yahoo.com

    ReplyDelete