Di negara iklim sederhana, anggur mula mengeluarkan berbuah apabila tiba musim bunga. Di negara tropika, didapati anggur boleh berbuah sepanjang tahun, cuma ianya perlu diransang melalui pemangkasan. Antara teknik perangsangan pembuahan yang telah saya cuba ialah teknik pemangkasan pucuk anggur. Teknik ini sesuai bagi pemilik pokok anggur yang tidak gemar untuk memotong pokok anggurnya hingga botak ataupun kalau mahukan pokok anggur berbuah tanpa henti
Kemudian kerat kira-kira dua kaki dari hujung pucuk seperti dalam gambar sebelah.
Cuba perhatikan pada hujung ranting anggur yang telah dipotong dan anda akan nampak ada dua mata tunas dipangkal daunnya. Satu tunas yang biasanya tumbuh bersama daun dan tunas ini saya panggil tunas air dan satu lagi mata tunas terletak betul-betul dipangkal daun dan tunas ini hanya akan tumbuh bila diransang dan biasanya kalau mata tunas ini tumbuh ianya akan tumbuh dengan lebih subur dan boleh mengeluarkan buah. Bagi teknik pemangkasan pucuk, apa yang kita mahukan adalah mata tunas yang terpendam ini untuk tumbuh dan mengeluarkan buah. Untuk itu, tunas-tunas air pada ranting yang tinggal perlu dibuang. Jika tidak dibuang, tunas air ini akan membesar dan mata tunas terpendam tersebut tidak akan keluar.
Gambar sebelah ni adalah gambaran selepas tunas air dibuang. Untuk teknik ini, daun anggur tidak perlu dibotakkan. Kalau dibotakkan, ranting anggur yang muda tu akan layu dan teknik ini tak akan berjaya. Dalam masa dua minggu hingga sebulan anda boleh nampak samada tunas baru anggur yang keluar tu akan berhasil atau tidak..
Peratusan kejayaan teknik ini adalah dalam 50% tertakluk kepada kesuburan pokok anggur anda. Jadi kalau nak buat teknikni, berilah pokok anggur anda baja secukupnya, sekurang-kurangnya dua minggu sebelum pemangkasan dibuat. Selamat mencuba…