Pengalaman saya menanam anggur benih seperti dibawah ni amatlah tidak memberansangkan. Banyak duit yang terbang untuk beli benih jenis ini atas memenuhi kehendak hati untuk menanam jenis anggur yang lebih baik dan glamour.
Dulu masa mula2 beli dulu, penjual tidak memberi tahu cara untuk menanam anak benih anggur dari jenis ini. Jadi saya cuba ikut cara sendirilah, dan sememangnyalah tak hidup pokok anggur yg kita nak, tapi yang hidup adalah pokok penanti. Kalau ikut gambar diatas tu, pokok penanti tu adalah keratan anggur yg dah berakar tu dan anak benih anggur yg kita nak membesar adalah mata tunas yg berbalut dengan plastik merah tu. Bila kita kaji sifat pokok anggur di kawasan tropika, kalau dibuat keratan, biasanya tunas anggur akan keluar dari mata tunas yang paling hujung (orang putih kata kat terminal end). Jadi bila kita tanam benih diatas, tunas baru akan keluar mula-mula sekali pada mata tunas yg paling atas sekali. Masalahnya bila tunas yg paling atas tu dah keluar, kemungkinan tunas-tunas yang dibawahnya untuk tumbuh adalah amat kurang sekali. Jadi akibatnya, mata tunas yg berbalut merah tu takkan cambah. Yang akan terus membesar adalah pokok penanti tu. Setelah mencuba bebarapa kali, saya dapati cara yang paling berkesan untuk mencambahkan mata tunas yg berbalut merah tu adalah dengan membuang semua mata tunas yang berada diparas lebih atas dari mata tunas tersebut.
Langkah2 yang saya buat untuk menanam benih anggur jenis cangkut (tut) adalah seperti berikut:
1. Buka plastik yg membalut akar tu perlahan-lahan dan tanam dalam pasu atau plastik hitam yang telah diisi tanah yg baik
2.Bila dah 2 minggu, akan kelihatan mata-mata tunas pokok penanti akan tumbuh dan ini menandakan akar pokok tu dah hidup.
3. Buang semua tunas-tunas pokok penanti yang hidup. Daun jangan dibuang
4. Dalam seminggu dua tunas yg berbalut merah tu akan mula tumbuh dan perhatikan juga jika ada tunas2 dari pokok penanti yg tumbuh, ianya haruslah dibuang..
5. Pastikan semasa benih anggur tidak terkena hujan yg banyak atau lebih baik diletak dibawah lindungan hujan.
6. Benih anggur tu bolehlah dipindahkan ke tanah atau dipasu yang lebih besar bila dah mencapai ketinggian melebihi satu kaki..
Ok lah selamat mencuba..