Anggur Isabela yang diprun 3 bulan yang lalu dah mula menampakkan tanda-tanda nak masak. Enjoylah gambar-gambar ni
Blog ini diwujudkan untuk merakamkan pengalaman saya menanam anggur dalam bentuk penulisan untuk dikongsi bersama dengan peminat-peminat tanaman anggur.Pengalaman saya terhad kepada penanaman anggur sebagai tanaman hiasan sahaja dan oleh yang demikian catatan saya adalah menjurus ke arah tanaman anggur sebagai tanaman landskap. Para peminat anggur adalah dijemput untuk menambah fakta dan pengalaman menanam anggur dengan harapan ilmu menanam anggur akan dapat berkembang dengan luas lagi.
Anggur Isabela yang diprun 3 bulan yang lalu dah mula menampakkan tanda-tanda nak masak. Enjoylah gambar-gambar ni
Anggur IAC
Anggur ni dipercayai berasal dari Brazil. (Kalau tak caya cuba googled IAC Brasil. IAC tu nama institut pertanian di sana yang keluarkan benih anggur ni. Buah masak warna kuning. Komen dari seorang perasa buah anggur ni…anggurni adalah anggur termanis yang dia penah rasa. Mungkin anggur free kot memanglah manis..tapi kalau nak betul2 manis kena petik buah semasa buah berwarna kuning.
Pokok ni rajin berbuah dan saiz buah sederhana dan tangkai buah kalau cukup subur boleh sampai satu kaki panjang..
Ni gambar pucuknya beserta dengan bunganya. Nampak ada dua tangkai dalam satu gugus..
Buahni selalu kena serang kulat, lebih2 lagi kalau musim hujan. Jadi kalau nak buah cantik elok sembur dengan racun kulat atau semburan EM. Saya suka sembur EM sebab takut bahaya kepada anak-anak dan binatang peliharaan kalau guna racun dikawasan rumah.
1. Anggur Muscato d Amburgo (Muscat Humburg Itali)
Anggur ni saya dapat dari kawan. Asalnya dari ITALI. Buah cantik dan manis. Daun lebar tanpa lekuk2 yang dalam. Pucuk muda warna hijau. Buah masak warna hitam.