Friday, January 7, 2011

Cara Menanam Anak Benih Anggur dari Thailand …sambungan

Pengalaman saya menanam anggur benih seperti dibawah ni amatlah tidak memberansangkan. Banyak duit yang terbang untuk beli benih jenis ini atas memenuhi kehendak hati untuk menanam jenis anggur yang lebih baik  dan glamour.

Pengurusan Benih Anggur Siam

Dulu masa mula2 beli dulu, penjual tidak memberi tahu cara untuk menanam anak benih anggur dari jenis ini. Jadi saya cuba ikut cara sendirilah, dan sememangnyalah tak hidup pokok anggur yg kita nak, tapi yang hidup adalah pokok penanti. Kalau ikut gambar diatas tu, pokok penanti tu adalah keratan anggur yg dah berakar tu dan anak benih anggur yg kita nak membesar adalah mata tunas yg berbalut dengan plastik merah tu. Bila kita kaji sifat pokok anggur di kawasan tropika, kalau dibuat keratan, biasanya tunas anggur akan keluar dari mata tunas yang paling hujung (orang putih kata kat terminal end). Jadi bila kita tanam benih diatas, tunas baru akan keluar mula-mula sekali pada mata tunas yg paling atas sekali. Masalahnya bila tunas yg paling atas tu dah keluar, kemungkinan tunas-tunas yang dibawahnya untuk tumbuh adalah amat kurang sekali. Jadi akibatnya, mata tunas yg berbalut merah tu takkan cambah. Yang akan terus membesar adalah pokok penanti tu. Setelah mencuba bebarapa kali, saya dapati cara yang paling berkesan untuk mencambahkan mata tunas yg berbalut merah tu adalah dengan membuang semua mata tunas yang berada diparas lebih atas dari mata tunas tersebut.

Langkah2 yang saya buat untuk menanam benih anggur jenis cangkut (tut) adalah seperti berikut:

1. Buka plastik yg membalut akar tu perlahan-lahan dan tanam dalam pasu atau plastik hitam yang telah diisi tanah yg baik

2.Bila dah 2 minggu, akan kelihatan mata-mata tunas pokok penanti akan tumbuh dan ini menandakan akar pokok tu dah hidup.

3. Buang semua tunas-tunas pokok penanti yang hidup. Daun jangan dibuang

4. Dalam seminggu dua tunas yg berbalut merah tu akan mula tumbuh dan perhatikan juga jika ada tunas2 dari pokok penanti yg tumbuh, ianya haruslah dibuang..

5. Pastikan semasa benih anggur tidak terkena hujan yg banyak atau lebih baik diletak dibawah lindungan hujan.

6. Benih anggur tu bolehlah dipindahkan ke tanah atau dipasu yang lebih besar bila dah mencapai ketinggian melebihi satu kaki..

Ok lah selamat mencuba..

Cara Menanam Anak Benih Anggur dari Thailand (1)

Peminat dan pengumpul jenama pokok-pokok anggur, pasti akan cuba untuk menanam jenama pokok anggur yang lain dari yang biasa ditanam di Malaysia ni (Isabela dan IAC adalah jenama yang biasa dan senang didapati). Biasanya jenama-jenama anggur seperti Black Opal, Black Pearls, dll biasanya dibawa masuk oleh penjual benih dari Thailand  dalam bentuk benih dari cantuman mata tunas. Rupa benih ni adalah seperti dibawah ni.

IMG_3897

Cara membuat benih ni adalah dengan mencangkuk (tut) pokok penanti dari jenis Solonis X dan apabila akar sudah keluar, mata tunas pokok2 anggur yang dikehendaki seperti Black Opal, Black Queen, White Malaga dll akan dicantumkan kebatang pokok penanti dan dibalut dengan plastik berwarna seperti dibawah ni.

IMG_3898

Apa yang kita mahukan ialah mata tunas Black Opal yang tumbuh seperti dibawah:

IMG_3874

Tapi apa yang terjadi adalah tunas pokok solonis X yang tumbuh seperti gambar dibawah:

IMG_0562

Pokok Solonis X ni adalah jenis pokok anggur yang tahan penyakit, senang hidup, rajin berbunga tapi masalahnya buahnya kecil sangat kekadang sebesar kepala mancis.

IMG_0559 

Anggur dari jenama yang glamor seperti Black Opal, Black Queen etc mempunyai ciri-ciri buah yang besar, cantik dan rasa yang manis. Walau bagaimanapun, kalau ditanam secara keratan batang dikawasan Tropika pokok2 ini tidak tahan serangan penyakit lebih2 lagi apabila keadaaan lembab dan selalu hujan. Untuk menanam anggur ini dikawasan Tropika biasanya pembuat benih akan mencantumkan mata tunas pokok glamor ni pada pokok Solonis X bagi mendapatkan hasil yang baik.
bersambung…..