Friday, August 20, 2010

Anggur dah mula masak

 

Anggur Isabela yang diprun 3 bulan yang lalu dah mula menampakkan tanda-tanda nak masak. Enjoylah gambar-gambar ni

anggur 001

anggur 003

anggur 002

Tuesday, August 3, 2010

Jenis-jenis anggur yang ada dirumah saya 2

Anggur IAC

142

Anggur ni dipercayai berasal dari Brazil. (Kalau tak caya cuba googled IAC Brasil. IAC tu nama institut pertanian di sana yang keluarkan benih anggur ni. Buah masak warna kuning. Komen dari seorang perasa buah anggur ni…anggurni adalah anggur termanis yang dia penah rasa. Mungkin anggur free kot memanglah manis..tapi kalau nak betul2 manis kena petik buah semasa buah berwarna kuning.

With EM 

Pokok ni rajin berbuah dan saiz buah sederhana dan tangkai buah kalau cukup subur boleh sampai satu kaki panjang..Bunga Anggur IAC 002

Ni gambar pucuknya beserta dengan bunganya. Nampak ada dua tangkai dalam satu gugus..No EM

Buahni selalu kena serang kulat, lebih2 lagi kalau musim hujan. Jadi kalau nak buah cantik elok sembur dengan racun kulat atau semburan EM. Saya suka sembur EM sebab takut bahaya kepada anak-anak dan binatang peliharaan kalau guna racun dikawasan rumah.

Jenis-jenis anggur yang ada dirumah saya

1. Anggur Muscato d Amburgo (Muscat Humburg Itali)

137

Anggur ni saya dapat dari kawan. Asalnya dari ITALI. Buah cantik dan manis. Daun lebar tanpa lekuk2 yang dalam. Pucuk muda warna hijau. Buah masak warna hitam.