Friday, January 7, 2011

Cara Menanam Anak Benih Anggur dari Thailand (1)

Peminat dan pengumpul jenama pokok-pokok anggur, pasti akan cuba untuk menanam jenama pokok anggur yang lain dari yang biasa ditanam di Malaysia ni (Isabela dan IAC adalah jenama yang biasa dan senang didapati). Biasanya jenama-jenama anggur seperti Black Opal, Black Pearls, dll biasanya dibawa masuk oleh penjual benih dari Thailand  dalam bentuk benih dari cantuman mata tunas. Rupa benih ni adalah seperti dibawah ni.

IMG_3897

Cara membuat benih ni adalah dengan mencangkuk (tut) pokok penanti dari jenis Solonis X dan apabila akar sudah keluar, mata tunas pokok2 anggur yang dikehendaki seperti Black Opal, Black Queen, White Malaga dll akan dicantumkan kebatang pokok penanti dan dibalut dengan plastik berwarna seperti dibawah ni.

IMG_3898

Apa yang kita mahukan ialah mata tunas Black Opal yang tumbuh seperti dibawah:

IMG_3874

Tapi apa yang terjadi adalah tunas pokok solonis X yang tumbuh seperti gambar dibawah:

IMG_0562

Pokok Solonis X ni adalah jenis pokok anggur yang tahan penyakit, senang hidup, rajin berbunga tapi masalahnya buahnya kecil sangat kekadang sebesar kepala mancis.

IMG_0559 

Anggur dari jenama yang glamor seperti Black Opal, Black Queen etc mempunyai ciri-ciri buah yang besar, cantik dan rasa yang manis. Walau bagaimanapun, kalau ditanam secara keratan batang dikawasan Tropika pokok2 ini tidak tahan serangan penyakit lebih2 lagi apabila keadaaan lembab dan selalu hujan. Untuk menanam anggur ini dikawasan Tropika biasanya pembuat benih akan mencantumkan mata tunas pokok glamor ni pada pokok Solonis X bagi mendapatkan hasil yang baik.
bersambung…..

2 comments:

  1. mane nak dapatkan benih anggur?

    ReplyDelete
  2. Sebelum saya meneruskan terlebih dahulu saya ucapkan berbanyak terima kasek kepada tuan kerana sudi menerangkn perihal cara-cara menanam Anggur.Sebenarnya saya adalah seorang sangat yang berminat dari dahulu lagi untuk cuba mencari bagaimana caranya untuk menanam anggur.
    Sepersoalan lagi bagaimana caranya yang boleh saya mendapati benih pokok asas jenis Solonis X yang saudara terngkan tersebut...
    Boleh kah saudara menerangkanya kpd saya melalui E-mail saya..
    calcatoosiam@gmail.com Terima Kasih

    ReplyDelete