Friday, January 7, 2011

Cara Menanam Anak Benih Anggur dari Thailand …sambungan

Pengalaman saya menanam anggur benih seperti dibawah ni amatlah tidak memberansangkan. Banyak duit yang terbang untuk beli benih jenis ini atas memenuhi kehendak hati untuk menanam jenis anggur yang lebih baik  dan glamour.

Pengurusan Benih Anggur Siam

Dulu masa mula2 beli dulu, penjual tidak memberi tahu cara untuk menanam anak benih anggur dari jenis ini. Jadi saya cuba ikut cara sendirilah, dan sememangnyalah tak hidup pokok anggur yg kita nak, tapi yang hidup adalah pokok penanti. Kalau ikut gambar diatas tu, pokok penanti tu adalah keratan anggur yg dah berakar tu dan anak benih anggur yg kita nak membesar adalah mata tunas yg berbalut dengan plastik merah tu. Bila kita kaji sifat pokok anggur di kawasan tropika, kalau dibuat keratan, biasanya tunas anggur akan keluar dari mata tunas yang paling hujung (orang putih kata kat terminal end). Jadi bila kita tanam benih diatas, tunas baru akan keluar mula-mula sekali pada mata tunas yg paling atas sekali. Masalahnya bila tunas yg paling atas tu dah keluar, kemungkinan tunas-tunas yang dibawahnya untuk tumbuh adalah amat kurang sekali. Jadi akibatnya, mata tunas yg berbalut merah tu takkan cambah. Yang akan terus membesar adalah pokok penanti tu. Setelah mencuba bebarapa kali, saya dapati cara yang paling berkesan untuk mencambahkan mata tunas yg berbalut merah tu adalah dengan membuang semua mata tunas yang berada diparas lebih atas dari mata tunas tersebut.

Langkah2 yang saya buat untuk menanam benih anggur jenis cangkut (tut) adalah seperti berikut:

1. Buka plastik yg membalut akar tu perlahan-lahan dan tanam dalam pasu atau plastik hitam yang telah diisi tanah yg baik

2.Bila dah 2 minggu, akan kelihatan mata-mata tunas pokok penanti akan tumbuh dan ini menandakan akar pokok tu dah hidup.

3. Buang semua tunas-tunas pokok penanti yang hidup. Daun jangan dibuang

4. Dalam seminggu dua tunas yg berbalut merah tu akan mula tumbuh dan perhatikan juga jika ada tunas2 dari pokok penanti yg tumbuh, ianya haruslah dibuang..

5. Pastikan semasa benih anggur tidak terkena hujan yg banyak atau lebih baik diletak dibawah lindungan hujan.

6. Benih anggur tu bolehlah dipindahkan ke tanah atau dipasu yang lebih besar bila dah mencapai ketinggian melebihi satu kaki..

Ok lah selamat mencuba..

5 comments:

  1. Boleh x terangkan baja apa yang pelu digunakan untuk pokok anggur ni bagi cepat membesar dan berbuah...

    ReplyDelete
  2. Pembajaan pokok anggur pada peringkat permulaan adalah dengan menggunakan baja yg menggalakkan pertumbuhan pokok (daun dan akar). Saya selalu galakkan penggunaan baja organik 8:8:8. Kalau nak guna UREA pun boleh..tapi jaga2 jgn terlebih letak nanti pokok anggur u jadi kering..Nanti saya cerita detail pasal baja dlm post terbaru

    ReplyDelete
  3. saya ada tanam pokok ni kat tepi rumah dulu letak dlm pasu je.skrg dah letak kat tanah.masa dlm pasu ada lah bebuah dah letak kat tanah ni payah lah pulak nk bebuah ada cara x nk suruh pokok keluarkan buah.

    ReplyDelete
  4. Macam mana nak beli benih anggur ni cik.? Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Apa campuran tanah yg baik untuk tanam pkok anggur ni tn

    ReplyDelete