Friday, May 24, 2013

Pemangkasan Pokok Anggur - Satu Keperluan

Pokok anggur ada merupakan jenis pokok menjalar yang akan terus tumbuh tanpa had lebih-lebih lagi di kawasan tropika. Di habitat asalnya, pokok anggur akan mengalami tempoh dorman semasa musim sejuk dimana semua daunnya luruh dan ranting-ranting yg tidak sihat akan mati. Bila tiba musim bunga, tunas-tunas baru akan tumbuh bersama kudupan bunga pada ranting-ranting yang masih hidup. Bagi penanam anggur di negara asalnya..mereka akan membuat cantasan dengan membuang ranting-ranting yang tidak sihat mengikut cara tertentu bagi memaksimumkan hasil buah anggur mereka.

Di negara tropika, tanpa musim sejuk, pokok anggur akan terus hidup tanpa melalui tempoh dorman. Keadaan ini menyebabkan pokok anggur susah berbuah tanpa dilakukan ransangan pemangkasan. Pemangkasan dibuat dengan membuang semua daun dan ranting-ranting yang tidak berkenaan mengikut teknik pemangkasan yang sesuai. Ada jenis anggur yang sesuai dipangkas pada paras dua atau tiga mata tunas dari pangkal cabang atau 'spur prunning' dan ada jenis anggur yang sesuai dipangkas pada paras lima mata tunas hingga 10 mata tunas dari pangkal cabang atau dipanggil 'cane prunning'..kesuaian teknik pemangkasan adalah bergantung kepada jenis pokok anggur..

Dibawah ni ditunjukkan contoh pemangkasan pokok anggur untuk tujuan pembuahan:
 
Pokok anggur Isabela yang belum dibuat pemangkasan
 
Pokok anggur Isabela yang telah dibuat pemangkasan..hanya tinggal sedikit sahaja  ranting di atas para.

Pemangkasan pokok anggur disaran dibuat 6 bulan sekali supaya pokok anggur kelihatan cantik dengan daunnya yang senantiasa hijau. Apa yang diperhatikan daun anggur akan mula bertukar warna dan selalunya dijangkiti kulat jika tidak buat pemangkasan secara berkala.

5 comments:

  1. SalAm. Nak Tanya..bila masa yg sesuaii utk pokok anggur dipangkas. Dah besar mana batu blh dipangkas? Tq .

    ReplyDelete
  2. Kalau pokok dah besar, saya buat pruning 6 bulan sekali..kalau pokok kecik kena atur pertumbuhan pokok supaya cepat naik ke atas para..biasanya saya hanya biarkan satu ranting sahaja sahaja membesar naik ke para..tunas tunas lain saya buang

    ReplyDelete
  3. nak tanya biasa bulan berapa yg sesuai utk pruning ya

    ReplyDelete
  4. salam saya bru try mencantas dahan anggur...saya pon x tahu nama dan dan jenis apa.bab saya dpt benih org bagi.... lepas seminggu saya nampak ada tunas bru di ruas ranting pokok...soalannya adakah perlu saya mencantas lagi bila daun dah mula menjalar..tlg saya bab bru petama kali tanam pokok ni

    ReplyDelete