Lama juga saya tak up load maklumat di blog ni. Kali ni saya nak berkongsi cerita macamana saya menyemai anggur dari keratan ranting. Sekarang ni pokok anggur dah banyak didapati dimana-mana di Malaysia. Ada kalanya kita diberikan keratan ranting anggur untuk dibawa balik untuk disemai ataupun kekadang kita membeli keratan anggur melalui pos. Mungkin maklumat yang saya kongsikan dibawah ini dapat membantu menghidupkan pokok anggur melalui keratan. Cara ini adalah sesuai untuk menyemai keratan ranting anggur dalam kuantiti yang kecil, kalau nak semai banyak-banyak hingga beribu (nak buat nurseri anggur), itu kena buat cara lain...
Mula-mula sekali kita kenalah ada keratan pokok anggur. Kalau diambil sendiri dari pokok anggur, saya selalu ambil ranting yang bersaiz sebesar batang pensel dengan panjang minimum tiga mata tunas. Untuk membezakan hujung pangkalnya, saya akan membuat keratan rata pada pangkal dan runcing pada hujung ranting seperti dibawah:
A. Lepas tu bila dah ada keratan, bolehlah mula untuk menyemai keratan ranting anggur anda.
B.
Penjagaan Semaian Keratan Anggur
1. Letakkan
keratan anggur yang telah dipasu di kawasan yang teduh (tidak terdedah kepada
hujan) tetapi mendapat cahaya matahari.
2. Siram
dengan air pagi dan petang. Pastikan media tanaman tidak kering dan tidak
terlalu lembab hingga menakung air. Kalau air bertakung, keratan akan mati.
3. Elakkan
dari keratan anggur bergoyang atau terlanggar lebih-lebih lagi pada dua minggu
pertama setelah disemai kerana dalam tempoh itu, keratan anggur mula untuk
tumbuh akar dan akar yang tumbuh adalah terlalu sensitif jika diganggu.
4. Tunas baru akan mula keluar dari keratan selepas seminggu disemai dan akar akan mula keluar selepas dua minggu.
5. Elakkan
membaja pada peringkat permulaan, pembajaan boleh dibuat selepas sebulan.
Digalakkan penggunaan baja organik bagi mengelakkan pokok mengalami kerosakkan
akibat terlebih pembajaan kimia.
6. Saya biasanya akan membiarkan benih anggur tumbuh lebih dua bulan sebelum dialih kepasu yang lebih besar atau di tanam di atas tanah.
7. Kalau ditempat anda tidak terdapat atau susah nak dapat fiber kelapa, bolehlah digunakan media-media tanaman yang dijual dikedai-kedai atau dipasaraya. Kalau membeli media tanaman, pilihlah media tanaman untuk semaian.
Ok, selamat menyemai keratan ranting anggur anda...
Assalamualaikum, dimana saya boleh dapatkan benih anggur ini atau pokok anggur sedia ada? saya di penang. terima kasih
ReplyDeleteBagaimana saya boleh beli keratan batang anggur jika saya di Sabah.boleh hubungi saya di rashid79@streamyx.com atau 011-25358586
ReplyDeleteTerima Kasih atas perkongsian info menarik tentang anggur.. :)
ReplyDeleteAssalammualaikum tuan.
ReplyDeleteTerimakasih berkongsi ilmu tentang anggur ini.
Saya dah 5 tahun menanam anggur jenis Isabella dan White malaga. Sekadar hobi saja. Dalam penanaman anggur ni, pemangkasan amat penting untuk mendapatkan hasil yang baik. Biasanya kalau pokok anggur tidak dipangkas ia tidak akan mengeluarkan buat.
ReplyDeleteKalau en.bakar ada keratan untuk dicuba semai, boleh hubungi sayan untuk saya beli.. 0193320933
ReplyDeleteSalam sejahtera kalau beminat untuk membeli anak pokok anggur sila hubungi saya di 0192344100. Sms dan wassap sahaja
ReplyDeleteyang berminat ebook GENETICS, GENOMICS AND BREEDING OF GRAPES sila hubungi artikelfull@gmail.com
ReplyDeleteThanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!
ReplyDeleteFadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhật và gửi hàng đi pháp và dịch vụ chuyển phát nhanh đi hàn quốc uy tín, giá rẻ