Kali ini saya nak kongsi cara saya merangsang pertumbuhan anak pokok anggur yang macam segan-segan nak hidup.. Saya rasa ramai peminat anggur yang mendapati benih anggur yang ditanam lambat sangat nak naik para, tumbuhnya perlahan dan daunnya pun kecil-kecil je walaupun dah dibaja dan disiram air dengan penuh kasih saya. Masalahni biasa kalau kita tanam dalam pasu. Tapi jangan kata tanam anggur dalam pasu tak boleh jadikkan pokok hidup subur dan berdaun cantik dan lebar..macam dalam gambar di sebelah.
Untuk membaikpulih anak pokok supaya dapat hidup dengan subur, apa yang saya buat adalah seperti berikut:
1. Saya baik pulihkan tanahnya dengan menggunakan compost tea tahi arnab. Apa yang saya buat, saya siram compost tea tahi arnab setiap dua minggu selama sebulan.
2. Kemudian saya kerat ranting2 dan tunas2 yang tak diperlukan pada anak pokok anggur tu dan saya tinggalkan satu sahaja tunas yang paling sihat untuk dibiarkan hidup. (Sila lihat gambar dibawah macamana saya buat)
3. Selepas buat perkara di atas tu, barulah saya letak skit baja, baja 8:8:8 (processed chicken dung)
Gambar disebelah kiri adalah sebelum gambar anak pokok anggur sebelum digondolkan dan gambar disebelah kanan selepas digunting-gunting cabang-cabang dan tunas-tunas yang tak berkenaan. Tujuannya adalah untuk memfokuskan segala tenaga pokok tu untuk naik ke atas para dengan kadar cepat.
Percayakah anda bahawa anak pokok anggur digambar di atas yang telah memanjat melepasi para adalah pada saiz yang sama semasa ditanam pada tarikh yang sama dengan pokok anggur yang dalam gambar disebelah kiri di atas..
p.s. Anak pokok anggur yang ditunjukkan di sini adalah anggur Alphonse Lavalle (Bali) yang ditanam dalam pasu dan bawah pasunya dilubangkan supaya akar anggur boleh lepas ke tanah dengan bebas
Aku dah ternampak blog ni lama dulu time baru mulai try-try tanam anggur tahun 2011..dpt le juga belajar sikit..sekarang aku pun dah terminat dan terjadilah hobby..tq..aku tanam 5 pokok -- 3 IAC, 1 Isabella Madu (utk buat jus), 1 Alfonso..sedang cari benih Black Opal dan While Malaga pula. IAC tengah berbuah dgn 44 tangkai buah... blog aku di jongrapevines.blogspot.com
ReplyDeleteTerima kasih. :)
-jon
Nice blog Jontih..tanam anggur tak susah kalau dah faham concepnya.
DeleteSalam satu malaysia. Saya ni Mani ak jack, berbangsa Iban dari kuching, Saya teringin sangat nak menanam anggur di belakang rumah saya. Tapi tak tau kat nak mendapatkan benih anggur yang baik. Boleh bantu tak? Kala boleh, emailkanlah kepada saya di alamat ibanayan2003@yahoo.com terima kasih.
ReplyDeleteAda jual lagi tak benih pokok anggur...nk sgt....email allyz830406@yahoo.com
ReplyDeleteMani Jack and allyz.ija, Email saya dolmalek@gmail.com.
Delete